BERJALAN sambil 'ditemani' ular berbisa yang melingkari tongkat kayu pasti mengundang rasa kurang senang sesiapa yang melihatnya. Namun jangan bimbang, ular Pantai Biru atau Blue Coral yang terkenal di Malaysia ini hanyalah hasil sentuhan pengukir dan pelukis terkenal, Mike Stinnett. Ukiran yang dihasilkan Stinnett berjaya 'menghidupkan' ular berkenaan.