suria

Punca Penceraian Meghan Didedah

Saat bahagian Meghan bersama Trevor.

NAMPAKNYA perkahwinan Meghan Markle dengan tunangnya, Putera Harry bukanlah yang pertama buat wanita itu.

Hakikatnya, kira-kira 13 tahun lalu, pelakon siri Suits itu pernah berkahwin dengan penerbit filem Amerika, Trevor Engelson.

Trevor yang juga seorang pelakon dan pengurus bakat memulakan kerjayanya sebagai pembantu produksi.

Malah, dia menerbitkan filem Remember Me pada 2012 lakonan Robert Pattinson yang turut menampilkan Meghan.

Trevor bertemu Meghan pada 2004 dan mereka bertunang enam tahun kemudian.

Pada 10 September 2011, pasangan itu melangsungkan perkahwinan di Jamaica Inn, Ocho Rios, Jamaica.

Foto-foto perkahwinan mereka memaparkan sisi yang agak liar pasangan itu.

Mereka dikatakan mengadakan parti di tepi pantai sehingga lewat malam sambil menikmati minuman keras.

Megan Markle.

Seorang sumber mendedahkan, upacara perkahwinan mereka diadakan secara singkat, kira-kira 15 minit sahaja sebelum parti dimulakan.

Pada 2013, Meghan dan Trevor bercerai kerana sudah tiada lagi persefahamana antara mereka.

Menurut sumber dalaman, hubungan jarak jauh turut menjadi punca perpisahan pasangan itu.

Meghan bekerja di Toronto, Kanada, manakala Trevor berada di Los Angeles menyebabkan hubungan sembilan tahun itu berantakan.

Menerusi satu dokumentari ITV berjudul Prince Harry and Meghan: Trully, Madly, Deeply yang disiarkan awal tahun lalu, sahabat Meghan iaitu Abby Wathen mendedahkan bagaimana Meghan begitu bersemangat selepas penceraiannya dengan Trevor.

Harry melamar Meghan semasa sedang memasak ayam panggang di kediaman mereka.

"Kami terus menjadi kawan. Dia tahu dan yakin dia akan berjaya. Dia tahu apa yang dimahukan dan dia berusaha mendapatkannya.

"Meghan menjadi rapat dengan saya kerana kami berdua sama-sama berkahwin pada waktu itu.

"Selepas itu kami berdua melalui proses penceraian dan kegagalan rumah tangga. Itu yang menyebabkan kami rapat," ujar Abby yang juga pelakon filem Random Encounters.

Tambah Abby lagi, berbeza dengan dirinya yang kecewa selepas bercerai, Meghan begitu bersemangat dalam meneruskan hidupnya.

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Sebelum

Habis Terpukau Lembu- Lembu Tu...

Artikel Berikut

Artikel Lain