BANGKOK: Polis merampas sejumlah 76 kilogram (kg) heroin yang cuba diseludup merentasi Sungai Mekong dari Laos susulan pertempuran dengan kumpulan penyeludup asing. Timbalan Komsioner Biro Polis Wilayah, Mejar Jeneral Chalong Pakpinyo berkata, pihaknya percaya dadah itu sepatutnya dibawa ke Songkhla untuk diseludup ke Malaysia. Beliau berkata, tembakan antara polis dan penyeludup dadah itu berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi Jumaat, hanya 200 meter dari tebing sungai di Tambon Ban Muang di daerah Samngkhom. Katanya, polis mendapat maklumat mengenai adanya kumpulan yang merancang menyeludup dadah melalui sungai berkenaan. Pada pukul 3 pagi, kira-kira 10 lelaki tiba di lokasi membawa beg ke Jambatan Huay Hol Suangson. Apabila polis menuju ke arah kumpulan lelaki itu, mereka mula melepaskan tembakan sebelum melarikan diri melalui laluan sungai. Hasil pemerikaan, ditemukan 200 ketulan heroin dalam tiga beg yang semuanya mencecah 76kg. Polis difahamkan, dadah berkenaan diseludup dari Setitiga Emas ke Laos dan kemudiannya masuk ke Thailand. - The Nation/Asia News Network.