suria

Nasib Si Pencuri TV Bilik Hotel

Foto Polis Bangalore.

SEORANG lelaki warga India ditahan kerana mencuri lebih 120 televisyen di beberapa hotel dalam tempoh empat bulan.

Vasudev Nanaiah, 37, ditahan bulan lalu dan berhadapan dengan 21 pertuduhan mencuri selepas mencetuskan kekecohan di beberapa hotel bajet di selatan negara itu.

Dia bertindak mencuri televisyen di bilik hotel yang ditempahnya.

Modus operandi adalah membuat tempahan bilik menerusi panggilan telefon dan sentiasa membuat sejumlah kecil bayaran pendahuluan.

Dia juga akan memaklumkan kepada kakitangan hotel bahawa dia akan menginap selama beberapa hari, semata-mata mahu mengelakkan tindakannya dicurigai.

Nanaiah sering dilihat membawa bagasi yang besar bagi membolehkan televisyen dibawa masuk ke dalamnya.

Polis berkata, Nanaiah akan mengelirukan kakitangan hotel dengan berulang kali masuk dan keluar sambil membawa bagasinya, sehingga ke satu tahap dia hanya berjalan keluar dan tidak kembali lagi.

"Dia akan keluar dan masuk banyak kali sehingga pekerja di kaunter daftar masuk tidak menyedari dia keluar bersama televisyen yang dicuri," kata timbalan pesuruhjaya polis, Chetan Singh Rathor.

Walaupun Nanaiah didapati mencuri 120 televisyen di bilik-bilik hotel selama empat bulan, tetapi berdasarkan sumber polis Bangalore bahawa dia mungkin mencuri dan menjual lebih 1,000 televisyen sepanjang 12 tahun.

Jika didapati bersalah, rutin Nanaiah sebagai pencuri akan berakhir atau sekurang-kurangnya untuk jangka yang panjang.

Dia juga diarahkan untuk menjalani pemeriksaan psikiatrik. - odditycentral

Artikel Sebelum

Abang Lionel Messi Ditahan

Artikel Berikut

Artikel Lain