suria

Kecoh Wanita Gemuk Sukar Dibawa Ke Hospital

-fotoThaiPBS

KAKITANGAN bahagian kecemasan Hospital Kluaynamthai Bangkok mengambil masa yang lama untuk mengalihkan seorang wanita dengan berat 150 kilogram dari pondoknya yang terletak di Klong Toey, salah sebuah kawasan kejiranan termiskin di bandar itu.

Rattanaporn Polthep, 25, perlu membuat pemeriksaan luka di bahagian belakangnya.

Sebelum ini, dia hanya terlantar katil dan tidak dapat bergerak.

Keluarganya bimbang lukanya semakin teruk dan tiada seorang pun ahli keluarganya dapat melakukan apa-apa kerana tidak mampu untuk mengalih atau memindahkan kedudukannya, lapork Thai PBS.

Difahamkan, dia sudah lama tidak meninggalkan pondoknya itu kerana saiz badannya menghalangnya untuk keluar-masuk melalui pintu.

Untuk mengeluarkan Polthep, kakitangan perubatan terpaksa memotong dinding pondoknya untuk.

-fotoThaiPBS

Tetapi, timbul satu lagi masalah apabila mereka tidak mempunyai stretcher yang cukup besar untuk menampung saiz dan berat badannya.

Mereka juga perlu meletak ambulans 800 meter dari pondok tersebut kerana ia terletak di laluan pejalan kaki dan kenderaan tidak boleh keluar-masuk.

Akhirnya, mereka bergilir-gilir mengangkat wanita tersebut menujuk ke kenderaan yang sedang menunggu. Dari situ, dia dibawa ke wad di tingkat tiga.

Walaupun berat badannya mungkin tidak dianggap tinggi untuk sesetengah negara Barat di mana obesiti adalah perkara biasa, situasi ini adalah luar biasa di Thailand dan bidang perubatan belum cukup lengkap untuk menangani pesakit bersaiz besar.

-fotoThaiPBS

Wanita tersebut memberitahu akhbar yang menyerbu hospital bahawa berat badannya naik sejak dua tahun lalu dan penyebabnya adalah manisan dan pencuci mulut.

Dia hilang keupayaan untuk berjalan selepas rebah pada bulan Oktober dan sebarang percubaan untuk berjalan sangat menyakitkan.

Pakar bedah hospital Dr Thaweesak Phuriwetkhunakorn merancang untuk melakukan imbasan untuk melihat sama ada kaki atau buku lali nya patah.

Dia juga mengesahkan bahawa Polthep mempunyai tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Katanya, rawatan itu akan mengambil masa yang lama disebabkan berat badannya dan dia perlu mempelajari tabiat makan baharu.

obesiti

Artikel Sebelum

Duda Tulis Nota Elak Sunyi

Artikel Berikut

Artikel Lain