suria

Adakah Putera William Dapat Hadir Final Piala FA?

Putera William. Foto Reuters (gambar kecil) Putera Harry (kanan) dan Meghan.

PUTERA William mungkin dapat menghadiri perlawanan akhir Piala FA yang diadakan pada hari yang sama dengan majlis perkahwinan adiknya, Putera Harry.

Istana Kensington memberitahu bahawa kedua-dua acara itu 'tidak akan bertembung'.

Duke of Cambridge itu merupakan presiden persatuan bola sepak dan biasanya menghadiri perlawanan di Wembley dan menyampaikan trofi kepada pasukan yang menang.

Namun pada tahun ini, Putera Harry bakal berkahwin dengan Meghan Markle pada Sabtu, 19 Mei di Istana Windsor di Berkshire.

ARTIKEL BERKAITAN: Tarikh Kahwin Putera Harry Bertembung Final Piala FA?

Putera William dijangka memberi keutamaan pada majlis perkahwinan adiknya sebagai pengapit.

Terdapat dakwaan mengenai pegawai Piala FA berunding dengan pihak istana dengan harapan ada penyelesaian supaya pewaris takhta Britain itu dapat menghadiri kedua-dua acara berkenaan.

Memetik laporan The Telegraph, Istana Kensington enggan mengesahkan atau menafikan sama ada William merancang untuk berada di Stadium Wembley, London pada hari tersebut.

Jurucakap istana hanya mengatakan bahawa kedua-dua acara itu tidak akan berlaku pada masa yang sama.

Jurucakap itu berkata: "Kita masih belum menetapkan waktu majlis perkahwinan tetapi ingin menjelaskan bahawa majlis perkahwinan itu tidak akan bertembung denga final Piala FA," katanya. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Maut Balkoni Runtuh

Artikel Lain