suria

Ditahan Polis Gara-Gara ‘Seluar Nipis’

Abbie disangka berjalan tanpa memakai seluar.

SEORANG wanita ditahan polis kerana disangka berjalan dalam keadaan bertelanjang di Merseyside.

Bagaimanapun, wanita yang dikenali sebagai Abbie Crawford itu sebenarnya memakai seluar panjang nipis menyerupai warna kulitnya dan digayakan bersama dengan baju kot.

Gambar Abbie, 25, menjadi viral selepas penduduk di Newton-Le-Willows di Merseyside salah anggap mengenai cara dia berpakaian.

Abbie tampil mendedahkan bahawa dia sebenarnya memakai seluar nipis jenama Topshop yang seakan-akan sama dengan warna kulitnya.

"Saya memakai seluar itu apabila mahu menarik perhatian ramai dan ia tidak pernah mengecewakan saya.

"Rakan saya menunjukkan gambar yang tular itu semalam. Saya terkejut dan seakan-akan tidak percaya," katanya.

Ketika berjalan di sepanjang laluan pejalan kaki, Abbie menyedari dirinya diperhatikan orang ramai yang menyangka dia keluar dalam keadaan bertelanjang.

seluar nipis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

‘Perisik Rusia’ Ditahan

Artikel Lain