suria

Tumbuk ATM Sebab Beri Duit Banyak Sangat

Michael Joseph Oleksik. - BSCO

SEORANG lelaki dari Florida, Amerika Syarikat (AS) ditahan pada Jumaat lalu selepas dia dilaporkan menumbuk mesin pengeluaran wang (ATM) kerana 'memberikan terlalu banyak wang kepadanya' dalam satu insiden yang berlaku pada November.

Michael Joseph Oleksik, 23, didakwa melakukan kesalahan tersebut selepas sebuah bank. Wells Fargo meminta Polis Cocoa mengambil tindakan ke atas suspek.

Pihak penguasa memberitahu Florida Today, Oleksik dirakam oleh kamera litar tertutup ketika berdiri di mesin ATM itu dan menumbuk-numbuk skrin sesentuh pada kejadian yang berlaku 29 November lalu.

Contoh mesin ATM Wells Fargo. - iStock

Suspek kemudiannya menghubungi Wells Fargo dan memohon maaf di atas kerosakan yang berlaku, namun berkata bahawa dia berasa marah kerana mesin ATM memberikannya terlalu banyak duit dan dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya.

Perbuatannya itu menyebabkan kerugian sebanyak AS$5,000 (RM20,435), lapor FOX13. - Fox News

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain