suria

Tempoh Tahanan Dua Wartawan Dilanjut

YANGON: Sebuah mahkamah di Myanmar pada Rabu melanjutkan tempoh tahanan dua wartawan agensi berita Reuters kepada dua minggu lagi selepas siasatan masih diteruskan berhubung dakwaan melanggar Akta Rahsia Rasmi.

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dihukum penjara 14 tahun.

Menurut Than Zaw Aung yang merupakan peguam mereka, Wa Lone, 31, dan Kyaw Soe Oo, 27, dibenarkan bertemu dengan keluarga masing-masing buat pertama kali sejak ditahan pada 12 Disember lalu.

Jelas Zaw Aung, anak guamnya hanya menjalankan tugas mereka sebagai wartawan dan berdepan tuduhan itu ketika sedang bekerja.

Sementara itu, Wa Lone menjelaskan situasi terkawal dan mereka berdepan kes itu dengan tenang. - Reuters

wartawan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain