suria

Ibu Tuntut Anak Bayar AS$1.7 Juta Kos Pendidikan, Pengorbanan

Mahkamah Tinggi Taiwan di Taipei. -fotoTakatoshi Kurikawa/Alamy

SEORANG doktor gigi di Taiwan baru-baru ini diperintahkan membayar AS$1 juta kepada ibunya bagi menghormati kontrak yang ditandatangani.

Dalam kontrak itu dia bersetuju untuk membayar 60 peratus daripada pendapatan bersihnya sehingga dia boleh menampung kos pendidikan dan kos membesarkannya.

Ibunya, yang dikenali sebagai Luo terpaksa membesarkan dua anak lelakinya sendiri, selepas bercerai dengan suaminya.

Pada satu ketika, dia bimbang anak-anaknya gagal menjaganya pada usia tua walaupun dia sudah banyak berkorban, jadi dia memutuskan untuk mendapatkan insurans.

Pada tahun 1997, ketika anak-anaknya sedang belajar untuk menjadi doktor gigi, dia meminta mereka menandatangani kontrak yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka bersetuju untuk membayar sebahagian pendapatan mereka sehingga ia berjumlah sekitar AS$1.7 juta.

Bayaran itu sebagai ganti rugi untuk wang yang dibelanjakan untuk membesarkan dan memberikan pendidikan kepada mereka.

Mereka berdua bersetuju menandatanganinya tetapi salah seorang daripada mereka gagal menghormati perjanjian itu, jadi si ibu membuat tuntutan mahkamah.

Dua anak Luo menjadi doktor gigi pada tahun 2003 dan pada mulanya bersetuju untuk menghormati kontrak mereka, membayar 60 peratus daripada pendapatan kepada Luo.

Untuk bersikap adil, mereka disuruh bekerja di klinik pergigian miliknya yang dibuka dengan bantuan kewangan daripada keluarga.

Tetapi, tidak lama kemudian mereka menganggap telah membuat bayaran secukupnya dan enggan menyerahkan sebahagian besar keuntungan bulanan kepada ibu mereka.

Bagaimanapun anak sulungnya memutuskan untuk berunding dan memujuk ibunya untuk mengurangkan hutangnya, tidak seperti seorang lagi anaknya yang menolak untuk membayar apa-apa.

Ibunya telah mengugut anaknya itu dan mereka telah berlawan di mahkamah selama lapan tahun.

Kes di mahkamah tertinggi di Taiwan itu sekali lagi mendengar hujah kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan muktamad.

Luo kekal dengan pendiriannya bahawa kontrak yang ditandatangani dengan dua orang anak lelakinya itu adalah sah dan dia hanya mahu kontrak itu dihormati.

Anaknya pula mendakwa bahawa dia hanya berumur 20 tahun ketika menandatanganinya dan tidak memahami sepenuhnya implikasi yang akan ditanggung. Tambahan pula, dia telah membayar AS$1 juta kepada ibunya yang dirasakan sudah cukup.

Doktor gigi itu menambah bahawa kontrak itu melanggar tanggungjawab seorang ibu kerana membesarkan anak tidak boleh diukur dalam segi kewangan.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, seorang hakim memutuskan bahawa doktor gigi yang dirujuk oleh media Taiwan sebagai Mr Chu, telah menandatangani kontrak itu sebagai orang dewasa, tanpa dipaksa atau ditipu, jadi dia harus menghormati syaratnya.

Lelaki itu diperintahkan membayar baki AS$754,000 dari jumlah yang telah dipersetujui dengan kadar faedah tambahan meningkatkan jumlah hutang ibunya kepada AS$967,000.

Kes luar biasa ini menjadi perhatian di Taiwan, sebuah negara di mana orang dewasa dikehendaki oleh undang-undang untuk menjaga orang tua mereka.

Tidak semua mereka melakukannya dan ibu bapa tidak pernah menyaman anak-anak mereka seperti ini, jadi kejadian ini adalah yang pertama berlaku dalam masyarakat. -oddity

pengorbanan, kos pendidikan

Artikel Berikut

Artikel Lain