suria

Dari 'Buncit', Perut Empat Beranak Kini Kempis

Jess (dua, kanan) bersama ahli keluarganya menjalani program menurunkan berat badan selama enam bulan. Foto Instagram/xyjesse

BUKAN wanita mengandung sahaja yang menambah berat badan, tetapi lelaki turut tidak terkecuali menambah 'berat' di bahagian perut.

Tahun lalu, seorang bakal bapa, Jesse memutuskan untuk melakukan senaman selepas menyedari saiz pinggangnya bertambah.

Ketika itu, isterinya membuat persiapan untuk melahirkan anak pertama mereka.

Namun daripada melakukannya keseorangan, keluarga kepada lelaki berumur 32 tahun itu turut mengikut langkahnya untuk mengurangkan berat badan.

Memetik laporan Bored Panda, program mengurangkan berat badan itu juga membantu bapa Jesse yang selama ini mengalami masalah buncit akibat ketagihan alkohol.

Selain berjalan, keluarga berkenaan turut berjoging sebelum melakukan senaman di gim.

Sebelum (gambar atas) dan selepas (gambar bawah), transformasi yang menakjubkan buat keluarga Jesse.

Jesse yang merupakan seorang jurugambar dari Xiamen, China mengambil gambar peralihan mereka setiap 10 hari.

Pada awalnya, program tersebut dirancang selama enam bulan dari 10 Mac sehingga 30 September tahun lalu, tetapi ia kemudiannya menjadi sebahagian daripada gaya hidup.

Jesse memuat naik setiap perkembangan di akaun Instagramnya dan keputusannya amat menakjubkan.

Setiap ahli keluarganya menjalani transformasi yang berbeza dan yang paling terkesan buat Jesse adalah perubahan pada bapanya yang kini tampil berkeyakinan. - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain