SEORANG pesara British yang bertarung menentang kanser selama lima tahun akhirnya sembuh daripada penyakit itu dengan bantuan 'kunyit'. Dieneke Ferguson, 67, mungkin menjadi orang pertama diketahui pulih daripada kanser dengan mengambil tablet yang dibuat dari rempah-ratus, selepas menghentikan rawatan perubatan konvensional. Ferguson, dari utara London, membuat tiga pusingan kemoterapi dan empat pemindahan sel induk (stem cell) dalam usaha untuk merawat kanser darahnya myeloma. Tetapi ia menambahkan kesakitan di bahagian belakangnya dan selepas dua kali mengalami relapse (penyakit kembali semula), doktor bimbang mengenai jangka hayat Ferguson. Walau bagaimanapun, kiraan sel plasmanya kini tidak begitu banyak dan mengakui kualiti hidupnya bertambah baik dengan ketara. Sel plasma adalah sejenis sel darah putih yang, apabila dengan myeloma, menjadi tidak normal dan berkembang biak dengan tidak terkawal. Pesara yang banyak terlibat dalam bidang seni ini menemui 'curcumin' yang dikatakan menjadi penawar. Curcumin adalah salah satu sebatian utama kunyit. Dia mengambil tablet kunyit 8g itu setiap hari selama bertahun-tahun tanpa rawatan lanjut dan kini telah mengejutkan doktor. "Sepanjang pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama di mana kurkumin telah menunjukkan tindak balas objektif dalam penyakit progresif tanpa adanya rawatan konvensional," kata doktornya, dari Barts Health NHS Trust di London, yang menulis di British Medical Journal Case Report. "Dengan tiadanya rawatan antimyeloma lagi, pesakit tetap stabil selama lima tahun yang lalu dengan kualiti hidup yang baik." Tablet itu, yang mengandungi paras curcumin yang tinggi, menelan kos £50 selama 10 hari. Adalah sesuatu yang mustahil untuk merawat kanser dengan kunyit dapur biasa, kerana ia mengandungi hanya dua peratus curcumin. Pakar kini percaya kunyit, yang biasanya digunakan dalam masakan Asia, boleh membantu melindungi penyakit Alzheimer, penyakit jantung dan kemurungan. Walau bagaimanapun, ia jarang dipreskripsi kerana ia belum lagi diuji dalam ujian berskala besar. Ferguson berkata: "Saya harap kisah saya ini akan membawa banyak manfaat kesihatan kepada orang ramai tentang kurkumin yang luar biasa." Myeloma menjejaskan kira-kira 5,500 orang di UK setiap tahun, membunuh hampir 3,000 orang. -metroUK