suria

Seorang Maut, 9 Cedera Belon Udara Panas Terhempas

SEORANG maut , manakala tujuh lagi cedera apabila belon udara panas yang dinaiki terhempas di kawasan pelancongan di bandar Luxor, Mesir.

Dalam kejadian pada Jumaat itu, pegawai kerajaan Mesir memberitahu, ia berlaku ketika pelancong asing asing sedang meninjau pemandangan dari udara dan melalui pengalaman ‘terbang’ dengan belon udara panas itu.

Bagaimanapun angin kencang mengakibatkan acara menaiki belon udara panas yang menjadi antara yang menjadi kemestian dalam kalangan pelancong bertukar menjadi tragedi ngeri.

Angin yang bertiup kencang itu menyebabkan belon udara panas itu terjunam ke kawasan yang dipenuhi kuil dan makam lama.

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut berkaitan kewarganegaraan mangsa kejadian itu.

Pada 2013, 19 pelancong asing terkorban apabila belon udara panas terbakar.

Seterusnya pada 2016, Mesir telah menggantung penerbangan belon udara panas selepas 22 pelancong China cedera akibat ia terhempas.

Sejak itu juga, pergerakan belon udara panas akan dipantau kamera dan tidak dibenarkan terbang pada ketinggian melebihi 2,000 meter.- AlArabiya

 

Luxor, Mesir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain