BAYANGKAN anda satu-satunya penumpang di dalam sebuah pesawat dan realitinya ia berlaku tersalah menempah tiket penerbangan. Insiden itu dilalui Beth Versteeg yang berhasrat bercuti ke Washington DC ketika menaiki pesawat yang berlepas dari Rochester, New York. Versteeg sempat berswafoto dengan berlatar belakangkan barisan kerusi kosong di depan, tepi dan belakangnya. Malahan, lebih menarik lagi apabila dia mendapat layanan istimewa kru kapal terbang yang bertugas. Kejadian itu berlaku apabila penerbangan yang sepatutnya dinaiki telah dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain yang dikhaskan untuk kru sahaja. Apabila syarikat penerbangan sedar kesilapan mereka, semua penumpang dihubungi dan meminta mereka menaiki pesawat lain yang berlepas lebih awal. Bagaimanapun, Beth tidak maklum mengenai pengumuman yang dibuat kerana telah pulang ke rumah ibu bapanya selepas pembatalan penerbangan yang ditempahnya. Beliau berasa janggal apabila hanya keseorangan di balai menunggu sebelum masuk ke pesawat itu dan menjadi satu-satunya penumpang. Beth bernasib baik apabila kru pesawat itu membenarkan dia terus berada di dalam pesawat itu, malah demonstrasi keselamatan turut dilakukan khas untuk penumpang tunggal mereka. “Oleh kerana perjalanan hanya sejam, saya tidak meminta makanan atau minuman. “Mungkin juga permintaan saya akan dipenuhi jika saya bertanyakan mengenainya,” katanya.-mirroruk