BANGKOK: Polis Ubon Ratchathani menahan seorang ibu berusia 64 tahun kerana didakwa bersubahat dengan anaknya mencuri motosikal. Inspektor balai polis Muang Ubon Ratchathani, Mejar Wichit Putpim berkata, Or (bukan nama sebenar), 64, ditahan di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli-belah pada Selasa bersama dengan motosikal yang dicuri. Polis dimaklumkan mengenai perkara itu selepas Tananchanok Supophak, 32, dan rakannya mengenal pasti Or adalah ibu kepada suspek, Ae (bukan nama sebenar), 32. Motosikal milik Tananchanok dicuri di rumahnya dan rakaman kamera keselamatan didakwa mengenal pasti ia diambil oleh Ae. Wichit berkata, motosikal yang ditemui bersama Or bukan milik Tananchanok tetapi dicuri dari Ayutthaya. Polis kemudian membuat pemeriksaan di rumah Or dan mendapati sebuah lagi motosikal yang dicuri tetapi tidak menemui motosikal Tananchanok. Menurut Wichit, polis sedang memburu anak perempuan itu dan akan mendakwa ibu suspek sebagai bersubahat. - The Nation/Asia News Network