suria

22 Tahun Tinggal Di Istana Pasir

Foto kredit: AFP

MARCIO Mizael Matolias tinggal di istana pasir selama 22 tahun.

Matolias,44, atau dipanggil 'The King' oleh penduduk di daerah Rio de Janeiro membina sendiri istana pasir dan tinggal di situ bagi mengelak daripada membayar bil atau sewa rumah yang tinggi.

Biarpun keadaan 'rumahnya' agak luar biasa, Matolias tidak melupakan tiga perkara penting dalam hidupnya iaitu membaca, bermain golf dan memancing.

Matolias sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca. Foto kredit: AFP

Malah bukan masalah baginya untuk membina kembali istananya setiap kali runtuh.

"Saya membesar di Bay of Guanabara, saya tinggal di pantai. Orang lain terpaksa membayar sewa yang mahal untuk tinggal di pesisiran pantai.

"Saya tidak ada bil yang perlu dibayar dan mempunyai kehidupan yang baik.

"Kadang-kala sebelah malam saya tidak dapat tidur di sini kerana pasir yang panas, jadi saya tumpang di rumah kawan-kawan," ujarnya.

Foto Kredit: AFP

Ketika di waktu lapang, Matolias turut didatangi beberapa kanak-kanak di sekitar pantai itu untuk mendengar ceritanya. -Mirror.co.uk


Istana Pasir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain