suria

Penyerang Hotel Kabul Pakai Uniform Tentera

Kelihatan seorang lelaki cuba menyelamatkan diri dengan memanjat anjung bilik hotel di Kabul yang diserang pengganas.

KABUL: Sekumpulan lelaki beruniform tentera lengkap bersenjata yang menyerang Hotel Intercontinental bertempur dengan pasukan keselamatan Afghanistan selama 13 jam mengakibatkan sekurang-kurangnya lima maut.

Puak Taliban mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan yang menyebabkan lebih 150 pelanggan hotel itu terpaksa menyelamatkan diri dengan melakukan pelbagai cara termasuk keluar melalui tingkap bilik.

Seorang pelanggan yang berada di lobi hotel ketika kejadian itu, Abdul Rahman Naseri berkata, semua pengganas memakai uniform tentera.

"Mereka menjerit dalam bahasa Pashto mengarahkan semua terlibat supaya membunuh semua yang ada di situ, tembak semua yang ada.

"Saya terus berlari ke bilik di aras dua, buka tingkap dan cuba melarikan diri dengan memanjat pokok, tetapi dahannya patah menyebabkan saya terjatuh dan kaki saya patah," katanya.

Setakat ini, tidak diketahui bilangan penyerang terbabit.

Bagaimanapun menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish, pertempuan kedua pihak tamat pada Ahad.

Sekurang-kurangnya lima maut, enam cedera, manakala 153 orang termasuk 41 warga asing telah berjaya diselamatkan, kata Danish.

"Serangan telah berakhir," kata Danish.


Kabul, Taliban

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain