SEOUL: Sebuah kereta terbabas gara-gara selipar pemandu kenderaan tersebut tersangkut di pedal. Mangsa yang memandu sebuah kereta BMW melanggar tanda isyarat laju berhampiran Busan Premiun Outlets di Gijang lebih kurang pukul 7.50 malam Isnin lalu. Pemandu mengalami patah tangan dan beberapa kecederaan lain. Dia dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Bagaimana pun polis masih menyiasat bagi mengesahkan punca rasmi kejadian berlaku. - The Korea Herald/Asia News Networks