suria

Aksi Tanpa Seurat Benang Perlu Dapat Kebenaran Model Sendiri

CFDA turut melancarkan gerakan #MeToo bagi menangani isu gangguan seksual dalam kalangan model. - Shutterstock/File

MENJELANG penganjuran Minggu Fesyen New York pada minggu ini, industri itu memperkenalkan satu garis panduan bagi memerangi gangguan dan serangan seksual khususnya melibatkan beberapa jurugambar fesyen terkenal dunia.

Antara yang disyorkan dalam garis panduan yang dihantar oleh presiden Majlis Pereka Fesyen Amerika (CFDA), Diane von Furtsenberg adalah pereka, penerbit acara dan jurugambar diarahkan supaya memberi ruang agar model wanita boleh menukar pakaian secara tertutup sewaktu berlangsungnya pertunjukan fesyen.

"Perkembangan ini sejajar dengan apa yang berlaku baru-baru ini yang mana ramai wanita dan lelaki berani membuat pendedahan dengan salah laku seksual yang dihadapi mereka tidak kira dalam bidang politik, sukan dan hiburan," ujar Diane dalam satu mesej yang disertakan dalam garis panduan berkenaan.

CFDA turut melancarkan gerakan #MeToo bagi menangani isu itu dengan menyasarkan beberapa jurugambar fesyen terkemuka seperti Terry Richardson, Bruce Webber dan Mario Testino.

Ketiga-tiga jurugambar yang pernah menjadi kesukaan ramai itu kini tidak lagi dibenarkan berkerjasama dengan syarikat penerbitan Conde Nast seperti majalah Vogue dan Vanity Fair.

Baru-baru ini, Conde Nast turut memperkenalkan kod tingkah laku bertujuan untuk memastikan keselamatan, maruah dan kesejahteraan pekerja terjamin.

Ia turut melarang penggunaan peragawati di bawah usia 18 tahun yang tidak ditemani oleh sesiapa dan sebarang penggambaran melibatkan aksi bogel mestilah diluluskan oleh model tersebut terlebih dahulu.

Malah, penggunaan dadah dan alkohol turut dilarang.

Polisi itu juga telah diperkenalkan di semua penerbitannya di seluruh dunia. - The Jakarta Post

Me Too

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Moyang Kaki Foto 'Gila-Gila'

Artikel Lain