INDUSTRI fesyen sering didominasi oleh model peragaan muda dan kebanyakan mereka mula bersara pada usia 30 tahun. Namun, sebuah agensi peragaan di Rusia pula memperkenalkan polisi berbeza dengan hanya membenarkan model berusia 45 tahun ke atas untuk bekerja dengan agensi tersebut. Model peragaan tertua di agensi itu berusia 85 tahun. Agensi yang berpengkalan di Moscow, Oldushka diasaskan oleh jurugambar jalanan, Igor Gavar pada tahun lalu. Setakat ini, seramai 18 model bekerja untuk agensi itu dan bertapak di beberapa bandar di Rusia. Gavar (tengah) merupakan pengasas agensi peragaan Oldushka. Selain seorang model bernama Sergey yang berusia 45 tahun yang diambil oleh Gavar kerana wajahnya yang lebih tua daripada usia sebenar, model 'termuda' di agensi itu berusia 60 tahun. "Kecantikan adalah kualiti yang lebih berharga seiring dengan usia. "Saya bertemu dengan ramai orang yang memiliki wajah yang menarik dan saya ingin menjalankan projek berasingan dengan mereka," kata Gavar kepada Vogue. Projek Gabar itu dianggap tepat pada masanya kerana industri fesyen semakin menghargai definisi kecantikan yang terhad kepada muda, berkulit putih, tinggi dan kurus sebelum ini sudah mula berubah sejak beberapa tahun lalu. Pereka terkemuka seperti Dries Van Noten, Dolce & Gabbana, Simone Rocha dan Guo Pei meraikan kejelitaan wanita yang lebih berusia dengan menggunakan khidmat mereka di pentas peragaan musim bunga. - Oddity Central