PERNAHKAH anda dengar bahawa haiwan juga berbakat dalam lukisan? Jangan terkejut apabila anda melihat seekor khinzir seberat 204 kilogram berkebolehan menghasilkan lukisan dan lukisan tersebut dijual pada harga ribuan ringgit! Khinzir tersebut diselamatkan dari rumah sembelihan di Afrika Selatan ketika berusia empat minggu dan kini bergelar seekor pelukis. Aktivis haiwan Afrika Selatan, Joanne Lefson mengambil Pigcasso selepas menyelamatkannya beberapa tahun lalu dan kemudian memberikan haiwan itu beberapa permainan untuk menghiburkannya. Pigcasso kelihatan berminat dengan berus lukisan dan mengabaikan permainan lain sehingga keadaan itu memberikan idea kepada Lefson untuk menyediakan kanvas dan cat untuk melihat apakah yang akan dilakukan oleh Pigcasso. Walaupun sukar dipercayai, haiwan tersebut mula melukis di atas kanvas itu dan kini Pigcasso memiliki galeri peribadi di ladang penyelamat haiwan yang menjadi sudahpun menjadi rumahnya. Pigcasso akan menjadi hos 'bukan manusia' pertama yang memiliki program sendiri bertajuk 'OINK'. - Facebook Pengumpul seni sanggup membayar sehingga dollar AS2,000 (RM8,000) untuk mendapatkan hasil seni Pigcasso. "Saya tidak paksa dia melukis. Dia melukis bila-bila yang dia mahu. "Selalunya, kami memenuhkan bakul piknik dan Pigcasso akan makan buah-buahan organik seperti strawberry, jambu batu dan popcorn bersalut karamel sewaktu melukis," kata Lefson kepada Caters News. Khinzir adalah haiwan yang memiliki sifat ingin tahu yang tinggi. Haiwan tersebut memerlukan peralatan atay mainan untuk mengelakkan mereka daripada mengalami kebosanan. - Oddity Central