suria

Bayar Taska Untuk Anak Tidur Di Luar Rumah, Sesuai Ke Di Malaysia?

SEBUAH taman asuhan kanak-kanak mengenakan bayaran £8 sejam kepada ibu bapa yang mahu anak mereka tidur di luar walaupun ketika cuaca sejuk kerana ia dianggap sesuatu yang menyihatkan.

Hannah Rosalie yang mengendalikan Paddock Cottage di Sussex mendakwa bayi perlu dibiarkan tidur di luar rumah kerana mereka akan lebih nyenyak terutama dengan tubuh diselimut bagi menahan kesejukan.

Pengasuh kanak-kanak itu mendapat ilham itu daripada sekolah rimba Scandinavia di mana ia menjadi amalan biasa bagi remaja untuk tidur di luar sejak 1950an.

Malahan amalan itu dilakukan kepada anak-anaknya dan kini diterapkan kepada kanak-kanak yang dijaganya.

Menerusi laman webnya, dia memberitahu adalah biasa untuk bayi dan kanak-kanak tidur di luar di negara lain, cuma ia baru saja menjadi amalan di sini.

"Semua kanak-kanak yang saya jaya tidur nyenyak di luar, juga ketika cuaca sejuk.

"Kami memantau keadaan mereka setiap lima hingga 10 minit dan setiap bayi yang dibiarkan tidur di luar akan bangun dalam keadaan segar," katanya.

Bercakap kepaga Huffington Post, Hannah berkata, dia sentiasa gemarkan kegiatan luar dan semua anaknya yang tidur diluar membesar dalam keadaan sihat.

"Bayi umumnya tidur lebih baik dalam suhu yang sejuk, jadi udara segar di luar dapat membantu mereka tidur lebih lama.

"Juga, kanak-kanak akan lebih bertenaga kerana berada di luar dalam suasana segar dan memberi kesan baik untuk mereka," katanya.

Pada 1993, badan penjagaan kanak-kanak profesional dari Bridgwater dan Kolej Taunton telah melawat sekolah di Denmark  sebelum memperkenalkan konsep kegiatan luar di United Kingdom.

Dr Rahul Chodhari dari Kolej Diraja Kesihatan Pediatrik dan Kanak-Kanak berkata, tidur diluar adalah sesuatu yang selamat, malahan dalam cuaca sejuk.

Malahan, katanya, di Finland di mana amalan sama dilakukan umpama budaya dan ia mengurangkan kadar kematian dalam kalangan bayi di negara itu.

"Kanak-kanak dan bayi tidak terganggu dengan suhu dan ia juga tidak memberi kesan kepada kehidupan mereka.

"Bagi mereka, dengan berada di luar dan aktif dapat memberi manfaat kepada mereka dan bagi kanak-kanak atau bayi lebih sesuai jika dibalut untuk mengelak kesejukan," katanya.-Mirroruk.co

Rosalie, Sussex

Artikel Lain