JIKA tiba-tiba terjumpa baucer atau resit hadiah, mungkin mulanya anda gembira sehingga menyedari tarikh luputnya telah berakhir. Mungkin anda boleh mencuba nasib untuk bertanyakan sama ada ia masih boleh digunakan atau sekadar perlu membuangkan dalam tong sampah kerana tidak bernilai lagi. Namun, apabila bukan baucer atau resit hadiah yang mungkin berharga kira-kira £20 yang ditemui sebaliknya tiket kapal terbang bernilai AS$400. Lokasi penemuannya juga memang tidak boleh dijangka kerana ia ada di bawah katil. John Walker membeli tiket itu untuk meraikan majlis perkahwinan abang iparnya pada Januari 1999, bagaimanapun dia tidak dapat menghadirinya, sekaligus tidak menggunakan tiket berkenaan. Apabila dia cuba mendapatkan kembali wang pembelian tiket itu, syarikat berkenaan telah mengirim surat kepadanya memaklumkan wang tidak boleh dikembalikan, bagaimanapun nilai tiket itu boleh digunakan untuk tarikh lain. Ketika itu, dia tidak mempunyai sebarang perancangan dan telah meletakkan surat itu di satu tempat dan telah lupa mengenainya. Sehinggalah baru-baru ini, ketika mengemas biliknya dan menemui surat itu di bawah katilnya. Dia menemui kot berisi pelbagai dokumen lama termasuk tiket penerbangan itu serta surat berkenaan. Jadi, dia terus mencuba nasib dengan menghunungi talian khidmat pelanggan syarikat penerbangan itu. Talian telefon disambung ke beberapa jabatan, tetapi tiada siapa tahu apa yang perlu dilakukan untuk dokumen lama seperti itu. Jadi dia memutuskan untuk mengirim mesej kepada syarikat itu menerusi Twitter dan bernasib baik apabila ia dibalas dalam masa beberapa hari. Dimaklumkan syarikat itu telah ditutup pada 2002 dan semua hutang, baucer dan apa saja surat sebelum tempoh itu tidak lagi sah. Namun, kerana situasi yang dihadapinya itu sesuatu yang ain dari yang lain, syarikat bersetuju untuk memenuhi permintaannya. Kata John, dia masih belum memutuskan destinasi yang mahu dituju menggunakan tiket barunya yang nilainya telah meningkat kepada AS$570.