suria

Kecoh 'Pemuda' Ke Final Ratu Cantik Kazakhstan

PERTANDINGAN ratu cantik di Kazakhstan kecoh apabila salah seorang finalis mendedahkan identiti sebenarnya.

Ilay Dyagilev, yang dilahirkan lelaki telah memperdaya penganjur dengan mendaftar dirinya sebagai Alina Alieva.

Malahan, kehadirannya telah mengetepikan 4,000 peserta lain hingga membolehkan dia tersenarai sebagai calon juara di peringkat akhir.

"Saya dan rakan-rakan sering bertengkar mengenai kecantikan dan saya telah memutuskan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini kerana saya memiliki kecantikan semulajadi.

"Ramai wanita yang kelihatan sama kerana mereka bersolek dan tampil dengan gaya mengikut trend, tetapi saya tidak setuju."

Bagaimanapun, pemuda berusia 22 tahun itu akhirnya memberitahu penganjur Ratu Cantik Alam Maya Kazakhstan itu bahawa mereka telah ditipu.

"Saya berjaya sampai ke peringkat akhir dan memutuskan untuk mendedahkan identiti sebenar kerana menganggap telah melampaui batas," katanya.

Penganjur nyata terkejut dengan pengakuannya dan ia juga menyebabkan dia tersingkir daripada pertandingan itu. Kekosongan itu membolehkan peserta peringkat separuh akhir yang gagal mara, Aikerim Temirkhanova, 18 menggantikan tempatnya.

Aikerim memperoleh 1975 mata di peringkat separuh akhir, manakala Alina mendapat 2012 markah.

Tahun lalu di Rusia, seorang penuntut lelaki, Andrey Nagorny, 20 yang memperagakan pakaian dalam wanita telah memenangi pertandingan.

Lelaki itu telah menggunakan pakaian dalam teman wanitanya dan bersolek serta memperkenalkan dirinya sebagai Avacado.

Sebaik penganjur mendapat tahu mengenai identiti sebenarnya, dia telah disingkirkan daripada pertandingan itu.-Metro

Kazakhstan, Alieva, Ilay

Artikel Sebelum

Artikel Lain