suria

Misteri Wanita Dikurung 20 Tahun Ditemui Kurus Kering, Tidak Bermaya

SEORANG wanita ditemui dalam keadaan tidak terurus dalam sebuah bilik dipercayai dikurung ibu dan abangnya selama kira-kira 20 tahun.

Wanita yang kini berusia 40 tahun itu dikatakan dihukum sedemikian sejak menuntut di sebuah kolej di utara Goa, India.

Penemuan wanita itu di kediaman ibunya di Sanquelim hasil laporan polis yang dibuat sepupunya.

Sebaik diselamatkan pihak polis dan sukarelawan Pihak Berkuasa Khidmat Perundangan Daerah, wanita itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Misteri wanita yang kelihatan kurus kering dan tidak bermaya itu masih belum terungkai setakat ini.

"Tiada kes direkodkan setakat ini, wanita ini akan ditempatkan di hospital untuk memantau tahap kesihatannya.

"Apabila keadaannya stabil, pihak polis akan mendapatkan kebenaran hospital untuk mengambil keterangannya," kata jurucakap Balai Polis Bicholim, Sanjay Dalvi.

Pada September lalu, seorang wanita telah diselamatkan selepas dikurung di kediamannya dipercayai perbuatan dua abang dan kakak iparnya di sebuah perkampungan di Candolim, kira-kira 20 kilometer dari Panaji. - IndiaToday

Goa, Sanquelim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain