suria

Calon Pilpres: Jokowi Berdepan Saingan Rizieq, Abdul Somad?

JAKARTA: Parti Demokrasi Perjuangan (PDIP) secara rasmi memutuskan untuk mencalonkan semula Presiden Joko Widodo pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019.

Perkara itu diumumkan Ketua Umum PDIP, Megawati Soekarnoputri pada pembukaan program parti itu di Denpasar, Bali pada Jumaat.

Pencalonan Jokowi itu untuk tempoh jawatan presiden bagi 2019 hingga 2024.

Setiausaha Kabinet, Pramono Anung yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) parti sama turut menghebahkan perkara sama menerusi akaun Twitternya @pramonoanung.

Pengumuman itu juga bagi mendapatkan sokongan seluruh rakyat Indonesia menerusi tanda pagar #Bant3ngPilihJokowi #T3tapJokowi.

Kompas.com melaporkan hal sama turut disampaikan pemimpin parti itu, Budiman Sudjitmako.

Sementara itu, laporan portal Tempo pula menyatakan dua nama lain yang turut dilihat mampu menjadi calon adalah tokoh agama, Rizieq Shihab dan penceramah, Abdul Somad.

Perkara itu sampaikan Setiausaha Agung Front Pembela Islam (FPI), Novel Bamukmin.

Bagaimanapun, kata Novel, Rizieq dan Abdul Somad dikatakan layak menjadi presiden berdasarkan kajian Lembaga Media Survei Nasional (Median).

Pilihan raya umum Indonesia dan pemilihan presiden dijadual diadkan pada 17 April 2019.


Jokowi, Abdul Somad

Artikel Lain