suria

Jejantas 'Segera' Runtuh Korbankan Pelajar, Buruh

LEBIH kurang 10 orang terbunuh apabila jejantas pejalan kaki yang baharu dibina runtuh University Florida Antarabangsa pada Khamis.

Beberapa buah kereta yang sedang berhenti menunggu lampu merah di bawah jejantas itu dihempap dengan konkrit segera yang mengambil masa hanya enam jam binaan sahaja.

Laluan tersebut menghala ke Everglades.

Pihak berkuasa mengesahkan empat maut, dan selebihnya pekerja yang berada di atas jejantas itu.

Lebih kurang 10 mangsa di kejarkan ke hospital dan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa terus menjalankan usaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

Jejantas runtuh

Artikel Lain