suria

Tiap Minggu Wanita Ini Joging, Berendam Dalam Ais Tanpa Seurat Benang

KIEV: Setiap hujung minggu, wanita dari Ukraine ini mempunyai cara unik beriadah sejak sembilan tahun lalu.

Inna Vladimirskaya, 32, tanpa memakai seurat benang mendakwa dia akan berjoging tanpa memakai seurat benang di kawasan bersalji yang mencatat suhu -9 darjah Celsius sebelum berenang di Sungai Dnieper di sini.

Menurut Vladimirskaya, dia telah melakukan ritual aneh itu dengan ditemani suaminya kerana wanita itu percaya suhu sejuk dapat menyihatkan tubuhnya serta salah satu rahsia awet muda.

"Saya akan melakukan 'aktiviti' ini pada setiap pagi Ahad. Perbuatan berendam dalam air sejuk boleh melancarkan aliran darah ke organ dalaman dan mengaktifkan peredaran darah yang dapat membantu memecahkan lemak serta menguatkan otot," ujarnya.

Jelas wanita itu lagi, ia juga dapat mengurangkan kesakitan pada otot dan sendi serta meremajakan kulitnya kerana bekalan oksigen meningkat.

"Walrus (mamalia seperti anjing laut) sentiasa kelihatan muda kerana ia banyak menghabiskan masa dalam air sejuk. Manusia boleh menggunakan kaedah yang sama jika ia sanggup berbuat demikian.

"Saya akan memastikan tidak berada terlalu lama dalam air sejuk tersebut. Saya akan mengeringkan tubuh dengan cepat dan terus menaiki kereta," jelasnya lagi. - Daily Mail

Kiev, Sungai Dnieper

Artikel Lain