suria

Buat Anak Patung Putera Harry-Meghan Tapi...

Anak patung Putera Harry dan Meghan Markle. Foto HistoryWearz/Etsy

KETIKA ini kerabat diraja Britain menjadi perhatian menjelang majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle.

Bukan sekadar tuala, pinggan dan cawan, malah bermacam-macam lagi akan memaparkan gambar mereka termasuk Putera William dan Kate Middleton.

Debaran majlis pada 19 Mei semakin memuncak, Putera Harry dan Meghan perlu membiasakan diri melihat wajah mereka terpampang di mana-mana.

Seorang peminat pasangan diraja itu, Shirley Lee dari New Jersey mula menjahit sejak berusia 15 tahun.

Dia kemudian memutuskan untuk menghasilkan anak patung Putera Harry yang berpakaian tentera.

Bercakap kepada The Express, katanya: "Sejurus selepas saya melihat temuramah pertunangan Harry dan Meghan, saya mula membuat anak patung, mereka kelihatan manis bersama."

Bagaimanapun, anak patung Putera Harry ini tidak menunjukkan imej jambang, malah rambutnya lebat dan 'mengembang'.

Pakaian seragam tenteranya pula disertakan dengan selempang dan pingat, 

Anak patung Meghan turut dihasilkan dengan pakaian pengantin warna putih diperbuat daripada kain les, namun bentuk wajahnya lebih 'bulat'.

Kedua-dua anak patung itu merupakan keluaran syarikat Amerika Syarikat (AS), History Wearz dan ia dijual pada harga £110 bagi setiap 'pasangan'.

Bagaimanapun, Shirley menegaskan bahawa patung-patung itu bukan dibuat sebagai replika, tetapi sekadar suka-suka.

Dia turut akan menukarkan gaun pengantin Meghan sebaik sahaja busana pengantinnya diumumkan.

Setiap anak patung disertakan dengan kad ucapan termasuk maklumat peribadi. - Mirror UK

Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Lain