suria

Kecoh Cacing Mati Ditemui Dalam 3 Produk Sardin Tin Dari China

Paparan skrin video Tribun News di Youtube.

KECOH berita mengenai penemuan cacing mati dalam tin sardin!

Susulan kejadian itu yang sbeelum ini tular di media sosial, Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia mengarahkan tiga pengimport ikan sardin dalam tin yang terlibat untuk menarik balik produknya dari pasaran.

Arahan itu dikeluarkan setelah pemeriksaan menunjukkan adanya cacing mati dalam produk ikan sardin dalam tin yang diimport dari China.

Paparan skrin video di Youtube (Batam Video).

"Hasil pemeriksaan dan ujian BPOM menemui cacing yang sudah mati pada produk ikan makerel dalam sos tomato di dalam tin 425 gram," kata BPOM dalam kenyataan rasmi, Khamis, lapor Kompas.

Berdasarkan ujian, terdapat tiga jenama sardin yang dipercayai mengandungi cacing mati dan ditarik dari pasaran.

Paparan skrin Tribun Video di Youtube.

Menurut laporan Kompas, produk yang mengandung cacing tidak layak dikonsum dan dalam keadaan tertentu jika diambil, ia mungkin menyebabkan reaksi alahan bagi orang yang sensitif.

BPOM berkata pihaknya memantau pelaksanaan penarikan dan pemusnahan serta meningkatkan sampling dan ujian terhadap edaran semua produk ikan dalam tin lain, sama ada produk dalam mahu pun luar negara.

Masyarakat di negara itu juga dinasihatkan untuk lebih cermat dan hati-hati dalam membeli produk-produk seperti itu.

Turut dilaporkan, produk-produk yang ditarik balik berdaftar secara sah dengan BPOM dan mengikut standard yang ditetapkan.

sardin tin, cacing

Artikel Lain