suria

Model Playboy Dedah Trump Pernah Beri Wang Selepas Seks

Donald Trump

SEORANG bekas model majalah Playboy yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Donald Trump mendakwa presiden Amerika Syarikat itu cuba memberikannya wang untuk seks.

Karen McDougal membuat pendedahan mengejutkan itu selepas menyembunyikan hubungan tersebut yang didakwa bertahan selama sembilan bulan.

Dia juga menangis ketika meminta maaf kepada isteri Trump, Melania berhubung hubungan sulit yang didakwanya.

Dalam temubual eksklusif dengan CNN, McDougal berkata: "Selepas kami 'bersama', dia cuba membayar saya dan saya sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk mengambilnya."

Dia berkata demikian apabila ditanya oleh wartawan Anderson Cooper adakah Trump cuba memberikannya wang dan wanita berusia 46 tahun itu menjawab 'dia pernah melakukannya'.

"Saya tak tahu bagaimana untuk menerangkan tentang wajah saya," katanya.

"Pastinya begitu sedih."

Sebagai tindak balas kepada tawaran wang Trump selepas kali pertama mereka 'bersama', McDougal berkata dia memberitahu Trump: "Itu bukan saya, saya bukan gadis macam tu.

"Dan dia berkata, oh kamu benar-benar istimewa," katanya sambil menambah adalah sesuatu yang menyakitkan apabila Trump berpandangan begitu terhadap dirinya.

Rumah Putih menyatakan Trump menafikan dakwaan tersebut.

Gambar Karen McDougal yang diambil pada 2010. -fotoAFP/Getty

Ditanya mengenai penafian Trump, McDougal berkata: "Saya fikir saya faham, sebab dia cuba melindungi keluarganya, imejnya, perkara-perkara seperti itu. Tetapi ia macam 'wow, kamu menipu tentang itu?'"

Dia juga menggambarkan dirinya dalam wawancara itu sebagai penyokong Trump.

"Saya undi Donald," kata McDougal.

Dia turut mendedahkan Trump tidak menggunakan perlindungan semasa hubungan seks, yang didakwa berlaku sekitar lima kali sebulan.

McDougal yang jelas beremosi ketika menyatakan rasa bersalahnya mendedahkan dia sendiri yang mengakhiri hubungan itu.

Mengulas tentang Melania, McDougal berkata: "Apa lagi yang kamu boleh katakan kecuali saya minta maaf, saya minta maaf, saya tidak mahu ia dilakukan kepada saya."

Terdahulu pada minggu ini, McDougal cuba mengenepikan perintah 'gag order' (larangan bercakap) berhubung perkara ini.

Dia memfailkan saman di mahkamah Los Angeles terhadap American Media Inc, penerbit National Enquirer, yang membayarnya AS$150,000 pada 2016 untuk tidak bercakap tentang perkara ini.

Tuntutan McDougal dibuat pada hari yang sama hakim negara New York memutuskan Trump berdepan saman fitnah oleh pengurus restoran California, Summer Zervos, yang menuduh dia melakukan kesalahan seksual selepas dia muncul dalam bekas rancangan TV Trump, The Apprentice.

Dalam tuntutan mahkamah itu, McDougal mendakwa dia dan Trump terlibat dalam hubungan romantik selama 9 bulan antara 2006 dan 2007, satu tempoh masa yang bertindih dengan dakwaan hubungannya dengan aktres Stormy Daniels.

Isteri Trump, Melania melahirkan anak lelaki mereka Barron pada tahun 2006.

Donald Trump, Karen McDougal

Artikel Lain