suria

Polis Buru Monyet 'Culik' Bayi

NEW DELHI: Polis di India kini 'memburu' monyet yang dipercayai menculik bayi lelaki berusia 16 hari yang sedang tidur di kediaman keluarganya.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, ibu bayi tersebut melihat insiden itu di kediaman mereka di perkampungan Talabasta, di timur New Delhi, namun dia tidak sempat menyelamatkan anaknya.

Lebih memilukan apabila bayi itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa lagi di dalam perigi.

"Saudara mereka menemui mayat bayi itu di dalam perigi di belakang sebuah rumah, sehari selepas ia dilarikan haiwan tersebut.

"Laporan bedah siasat menunjukkan bayi itu meninggal dunia kerana sesak nafas  berpunca daripada lemas.

"Ia mungkin terjatuh ketika dikendong haiwan tersebut," kata SM Baral.



Jelasnya, ia adalah kes yang jarang berlaku walaupun monyet sering menyebabkan kemusnahan harta benda di kawasan tersebut.

"Kami harap dapat tangkap monyet itu dalam tempoh seminggu," ujarnya yang menjelaskan polis turut bekerjasama dengan penduduk tempatan untuk menangkap haiwan terbabit.


Talabasta, Baral

Artikel Lain