suria

Gara-Gara Isteri Kaki Judi, Suami Hidup Merempat

Saat bahagia Forte ketika melangsungkan perkahwinan dengan Posman pada 2014.

SEORANG lelaki muflis apabila isterinya menggunakan wang sejumlah £3.5 juta (RM19 juta) untuk berjudi.

Christopher Forte bertemu dengan Julia Posman, seorang wanita Indonesia pada 2010 sebelum mengahwininya pada 2014.

Kerana cinta, lelaki itu tidak sedar mengenai hutang judi isterinya sehinggalah mereka bercerai.

Segalanya bermula apabila wanita itu memberitahu yang dia mempunyai hutang berjumlah £2.5 juta (RM13.6 juta) dengan dua ahli perniagaan, selain hutang kad kredit.

Bukan sahaja duit miliknya, malah dia turut meminjam duit ibubapanya bagi membantu isterinya melangsaikan hutang.

Selain itu, isterinya mendakwa memerlukan duit bagi mendapatkan visa.

"Saya warga British, dia isteri saya. Dengan bayaran beberapa ribu sahaja sepatutnya kami boleh mendapatkan visa.

"Tapi saya tak sedar, mungkin kerana cinta. Setiap kali bangun tidur, saya tengok dia menangis dan merayu meminta wang.

"Jika saya tanya macam-macam, dia akan sedih dan menuduh saya sudah tidak mempercayai dia," ujar Christopher.

Pada April 2016, lelaki itu menerima sepucuk surat yang mendedahkan dia dan rakan kongsi perniagaannya yang dikenali sebagai Kaye meminjamkan wang berjumlah £2.5 juta (RM13.6 juta) kepada wanita itu.

Dia terkejut apabila mendapati namanya diletakkan sebagai penjamin pinjaman itu sedangkan dia tidak tahu apa-apa mengenainya.

Ketika itu, isterinya berada di Indonesia sehinggalah dia pulang semula ke London dan mengaku mengenai sejumlah wang itu.

Wanita berkenaan mendedahkan dia memberi sejumlah wang itu kepada abang dan ibubapanya untuk berjudi.

Sewaktu perbicaraan kes cerai mereka Ogos tahun lalu, wanita itu bersetuju untuk membayar hutang bekas suaminya dengan kadar £1,700 (RM9,240) sebulan.

Namun, sehingga kini dia tidak menjelaskan hutang itu menyebabkan bekas suaminya diisytiharkan muflis.

Lelaki itu kini tinggal bersama saudaranya manakala wanita itu tinggal di sebuah flat berdekatan di Hove, timur Sussex.

"Ketagihan judi sangatlah teruk kerana ia merosakkan keluarga," ujar Christopher.-Metro.uk





Posman, Forte

Artikel Berikut

Polis Buru Monyet 'Culik' Bayi

Artikel Lain