suria

Gagal perangkap mangsa, pemuda terima padah ugut sebar gambar bogel palsu

Gambar hiasan.

SEORANG mangsa peras ugut di United Kingdom (UK) mendedahkan bagaimana seorang lelaki mengancamnya menggunakan gambar bogel palsu.

Sean McCuaig, 22, dipenjara tiga tahun kerana menjadikan sembilan gadis berusia antara 12 dan 17 tahun di media sosial sebagai mangsanya.

Dia menghantar gambar bogel yang diubah suai dengan gambar mangsa, bagi mendapatkan gambar bogel sebenar mangsa.

Salah seorang mangsa yang kini berusia 16 tahun, dia dihubungi lelaki itu di Facebook pada September 2016 dan mahu menjadi rakannya di laman sosial.

McCuaig kemudian menghantarnya sekeping gambar menunjukkan gambar profailnya yang diubah suai pada gambar bogel.

Lelaki itu mengugut mangsa sekiranya tidak menghantar gambar 'bogel'nya dalam tempoh kurang sejam, dia akan menyiarkan gambar tersebut.

Bercakap kepada Daily Record, mangsa berkata: "Saya tergamam, saya terkejut. Saya menggeletar dan jantung berdegup kencang.

"Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Gambar itu kelihatan seperti diubah suai tetapi saya tidak mahu membiarkan keluarga dan rakan-rakan melihatnya dan memikirkan ia adalah betul. Saya bimbang apa yang mereka akan fikirkan terhadap saya. Saya tidak mahu dibuli."

Lelaki itu membuat ugutan pada pukul 2 pagi, dan memberitahu masa yang diberikan kepada mansga telah tamat pada pukul 3 pagi.

Clare bagaimanapun memberitahu ibunya mengenai kejadian yang berlaku.

Ibu Clare memberi amaran kepada McCuaig untuk menghubungi polis dan lelaki itu kemudian memadamkan akaunnya.

McCuaig, 22, yang memiliki lebih 2,500 imej lucah kanak-kanak, menggunakan beberapa nama palsu dengan menjadikan pelajar perempuan sebagai mangsa.

Selain mengugut untuk menyiarkan gambar bogel palsu, lelaki itu juga didapati mengancam untuk mencederakan keluarga mangsa sekiranya permintaannya tidak dipenuhi.

McCuaig yang berasal dari Glasgow mengaku bersalah di Mahkamah Syerif Glasgow, terhadap 20 pertuduhan yang dilakukan antara Januari 2016 dan Jun 2017.  - Mail Online UK

Artikel Berikut

Artikel Lain