MANUSIA tertua dunia, warga Jepun berusia 117 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada petang Sabtu. Nabi Tajima meninggal dunia di sebuah hospital di bandar Kikai, selatan Jepun, demikian disahkan wakil pentadbir, Susumu Yoshiyuki. Mendiang dimasukkan ke hospital sejak Januari 2018. Tajima lahir pada 4 Ogos 1900 adalah individu terakhir yang dilahirkan pada abad ke 19. Wanita ini mempunyai lebih 160 pewaris termasuk cucu dan cicitnya. Warga tua ini menjadi individu paling tua dunia tujuh bulan lalu selepas kematian Violet Brown dari Jamaica juga pada usia 117 tahun, September tahun lalu. Susulan kematian Tajima, kini seorang lagi wanita Jepun, Chiyo Miyako berstatus paling tua dunia. Miyako menetap di selatan Tokyo di Kanagawa dan akan menyambut ulang tahun ke 117 dalam masa 10 hari lagi. Perkara itu disahkan Kumpulan Penyelidik Gerontologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Rekod Dunia Guinness mengiktiraf Masazo Nonaka yang berusia 112 tahun sebagai lelaki paling tua dunia awal tahun ini dan merancang untuk mengiktiraf Tajima sebagai individu tertua dunia.-JapanToday