DUCHESS of Cambridge, Kate Middleton selamat melahirkan anak ketiganya bersama Putera William di Hospital St Mary pada Isnin. Kate tiba lewat petang (waktu tempatan) tiba ke hospital di Paddington bersama suaminya. Kate dilaporkan tidak mengalami sebarang komplikasi sepanjang melahirkan seorang bayi lelaki. Bayi lelaki itu merupakan adik bongsu kepada Putera George dan Puteri Charlotte. Jurucakap Kensington Palace memberitahu: "The Duchess of Cambridge selamat melahirkan bayi lelaki pada 11.01 pagi. Berat 8lbz (3.6kg) 7oz".