suria

Kate pulang ke istana hanya 7 jam selepas bersalin

TIDAK seperti ibu-ibu lain, Kate Middleton memutuskan untuk pulang awal dari hospital, hanya tujuh jam selepas melahirkan cahaya mata ketiganya.

Dilahirkan pada tarikh sama Shakespeare, putera cilik itu meninggalkan Hospital St Mary bersama bonda dan ayahandanya, Putera William untuk berehat di Istana Kensington.

Kate tampil berseri dengan busana merah sambil mengendong bayi seberat 3.6 kilogram itu yang lahir pada 11.01 pagi, Isnin, selepas tiba di hospital pada pukul 6 pagi.

Ternyata lima jam setengah di bilik bersalin tidak menghalang Duchess of Cambridge ini tersenyum manis di depan wakil media dan orang ramai yang berkumpul di luar hospital berkenaan untuk merakam saat bersejarah kelahiran pewaris ke lima takhta diraja Britain itu.

"Kami sangat gembira, seronok - anak ke tiga tentunya menambahkan kebimbangan kami sekarang, tetapi kali ini kami tidak membiarkan anda semua menunggu lama," kata William sebaik membantu isterinya masuk ke dalam kenderaan diraja.

Putera diraja itu juga memberitahu bagaimana dua anaknya, Putera George, 4 dan Charlotte, 2 begitu gembira dengan kehadiran adik mereka.

Ditanya mengenai nama anaknya itu, kata William:"Lambat laun kamu akan tahu juga."

Setakat ini, Albert, Arthur, Jack dan Fred adalah empat nama yang diramal menjadi pilihan untuk putera kedua ini.-TheSun


Kate Middleton, Kensington

Artikel Lain