suria

Legenda komik Marvel Stan Lee didakwa buat serangan seksual

Stan Lee. Foto AP

SEORANG tukang urut terapi memfailkan saman terhadap penulis komik Marvel, Stan Lee atas dakwaan salah laku seksual menerusi dua insiden di Chicago pada tahun lalu.

Maria Carballo, memfailkan lima tuntutan pada Isnin. Dia mendakwa Lee menggunakan alat sulit untuk menyentuhnya.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada April 2017, sewaktu pencipta bersama watak adiwira Black Panther dan Spider-Man itu berada di Chicago sempena Ekspo Komik dan Hiburan Chicago.

Peguam yang mewakili Lee, Jonathan Freund bagaimanapun menafikan tuduhan yang disiarkan menerusi akhbar Chicago Tribune.

"Dia seorang figura awal berprofil tinggi, saya rasa ia hanyalah tuduhan palsu. Dia berusia 95 tahun, tak mungkin dia akan bertindak begitu," ujar Freund dipetik Tribune sebagai berkata.

Carballo mendakwa dia dihantar dua kali ke bilik Lee di hotel McCormick Place Hyatt Regency.

Carballo pada waktu itu takut untuk membuat aduan mengenai Lee kerana bimbang ia akan menjejaskan kerjayanya, ujar firma yang mewakilinya.

Kejadian berlaku sebelum kebangkitan kempen #MeToo dan #TimesUp, gerakan bagi melawan gangguan seksual di peringkat global.

"Selepas melihat wanita lain berjuang untuk dilayan dengan penuh hormat dan maruah, saya berpendirian untuk mengikut jejak mereka," ujar Carballo menerusi kenyataan yang diterbitkan firma Cunningham Lopez LLP yang berpangkalan di Chicago.

Tuntutan itu meminta sekurang-kurangnya AS$50,000 (RM195,475)  termasuk kos ganti rugi punitif dan kos guaman bagi setiap tuntutan. - South China Morning Post

Stan Lee, Marvel

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan