suria

Itik nyaris disaman gara-gara terbang laju di Switzerland

SEEKOR atau sepasang itik dirakam terbang pada kelajuan melebihi had laju ditetapkan iaitu 20 kilometer sejam (km/j).

Kamera perakam halaju di barat Switzerland merakam seekor itik sebanyak dua kali dalam tempoh tiga hari, kata polis Swiss pada Jumaat.

Kamera di Köniz yang terletak di Bern itu merakam kejadian pertama pada kelajuan 22km/j.

"Itik itu terbang pada ketinggian rendah dengan halaju 22km/j dalam zon 30km," kata polis tempatan melalui kenyataan yang disertakan dengan gambar haiwan itu sebagai bukti.

Tiga hari kemudian, kamera itu merakam seekor itik pada kelajuan yang sama.

Namun, polis berkata pihaknya tidak boleh menentukan sama ada ia adalah itik yang sama atau tidak.

Itik tersebut bertuah kerana dapat menyelamatkan diri daripada dikenakan denda kerana kesalahan seperti itu membolehkan saman dan sekatan memandu selama sebulan dikenakan kepada pesalah.

Negara tersebut mengira denda yang dikenakan berdasarkan kekayaan pesalah.

Pada 2010, seorang pemandu Swiss dikenakan denda sebanyak $290,000 (RM1.1 juta) kerana memandu pada halaju 137km/j dalam zon 80km.

itik

Artikel Sebelum

Artikel Lain