NAMPAKNYA kelahiran bayi dan tugas-tugas diraja sejak kebelakangan ini memberi kesan kepada Putera William. Duke of Cambridge itu menyertai Putera Harry dan bakal adik iparnya, Meghan Markle dalam satu majlis di Westminster, London. Putera William yang kini merupakan bapa kepada tiga anak kelihatan mengantuk kerana kepenatan. William kembali menjalankan tugas dirajanya sejak Duchess of Cambridge, Kate Middleton melahirkan anak ketiga mereka pada Isnin. Beliau kini mempunyai tiga anak - seorang anak lelaki baru berusia tiga hari, Puteri Charlotte yang bakal berusia tiga tahun bulan depan, dan Putera George berumur empat tahun. Ditanya bagaimana keadaan Kate dan bayi, Putera William membalas: Kedua-dua mereka sangat sihat, terima kasih. Beliau menambah: "Tidur masih dalam keadaan baik setakat ini, bayi pun masih tidak meragam, sudah tentu berita baik." - Mirror UK