PEMERIKSAAN keselamatan terhadap seorang lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Imphal, India telah mengesan kehadiran objek metalik yang mencurigakan. Susulan itu, Krishnan Kumar dan pasangannya, Santosh kemudiannya melalui proses pemeriksaan rapi hingga terbongkar sesuatu yang tidak diduga. "Enam ketulan emas seberat satu kilogram ditemui dalam dubur Kumar, manakala temannya pula membawa tiga lagi ketulan emas seberat 500 gram juga disembunyikan dalam bahagian sulit itu," demikian menurut Penolong Sub Inspektor Pusat Kawalan Keselamatan India (CISF), S Chakraborty. Kedua-duanya yang dalam membawa ketulan emas seberat 1.5 kilogram bernilai Rs 45 lakh (RM270,000) telah ditahan pihak kastam. Mereka dalam perjalanan ke Delhi. Ketika pemeriksaan mengesan sesuatu yang mencurigakan pada Kumar, Santosh telah berjaya melepasi pintu pemeriksaan dan memasuki pesawat. Bagaimanapun, pihak keselamatan telah mengarahkan Santosh keluar dari pesawat dan sekali lagi menjalani pemeriksaan dengan lebih rapi. Menakjubkan apabila tiada sebarang objek dikesan pada tubuhnya sehingga dia dibawa ke hospital dan menjalani imbasan x-ray yang akhirnya mengesahkan adanya tiga ketulan emas dalam dubur wanita itu.-IndiaToday