SEORANG wanita dilihat melempang teman lelakinya sebanyak 41 kali dalam satu rakaman video. Wanita itu dikatakan menuduh kekasihnya mengajak 10 wanita untuk tidur dengannya. Video tersebut yang disiarkan oleh Apple Daily menunjukkan lelaki itu berulang kali menafikan tuduhan terhadapnya, malangnya penafian itu dengan lebih banyak penampar' daripada teman wanitanya. Kejadian berlaku di tempat awam dan dapat dilihat orang ramai yang lalu-lalang di situ. Pada satu ketika, lelaki itu dapat dilihat menampar teman wanitanya itu dan menarik rambutnya. Sambil melempang kekasihnya, dalam video itu dapat didengar wanita itu bertanya 'berapa wanita', manakala lelaki itu memberi amaran bahawa dia akan memanggil polis jika tindakannya itu tidak dihentikan. Kejadian itu dirakamkan oleh seorang wanita bernama Cheuk, yang memberitahu akhbar ia berlaku kira-kira pukul 4 petang Khamis di stesen MTR Yau Tong, Hog Kong. Cheuk memberitahu Apple Daily bahawa ramai yang terkejut dengan apa yang mereka lihat, tetapi tidak ada yang campur tangan. Jurucakap MTR Corporation memberitahu akhbar bahawa kakitangan stesen bertindak menghampiri pasangan itu selepas menerima laporan. Pasangan itu meninggalkan premis tersebut selepas mereka didatangi oleh kakitangan MTR. Polis juga memberitahu media bahawa mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu. Ini bukanlah kali pertama seorang wanita dirakam menampar teman lelakinya beberapa kali di tempat awam. Pada 2013, seorang lelaki dirakam sedang melutut meminta maaf, manakala teman wanitanya memegang rambutnya dan menamparnya sebanyak 14 kali kerana menuduh kekasihnya itu membawa seorang gadis ke rumahnya. Seorang orang awam cuba campur tangan, tetapi pegawai tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian untuk menangkap wanita itu kerana didakwa melakukan serangan.