suria

Pengantin ditembak kawan baik pada hari perkahwinan

SATU operasi telah dilancarkan untuk memburu seorang lelaki yang didakwa menembak mati seorang pengantin pada hari perkahwinannya.

Sunil Verma, 25, ditembak di dada semasa meraikan majlis perkahwinannya, malam Ahad, dalam kejadian di India.

Rakaman video oleh jurugambar perkahwinan merakamkan saat-saat dia ditembak dengan pistol.

Pengantin lelaki itu dilihat sedang duduk dikelilingi tetamu ketika majlis berlangsung di Kampung Rampur di daerah Lakhimpur Kheri.

Seorang lelaki memakai baju oren kelihatan berdiri berdekatan dengan pengantin lelaki sambil memegang pistol.

Dia dapat dilihat melakukan sesuatu pada senjata itu, yang kemudiannya menembak Verma di dada.

Selepas ditembak, pengantin lelaki itu memegang dadanya sambil melihat keadaan sekeliling untuk mengetahui apa yang berlaku dan kemudian rebah.

Menurut laporan, tembakan pertama yang dibuat tidak terkena pengantin itu.

Polis di rantau ini sedang memburu lelaki terbabit yang disyaki membunuh.

Mereka berkata penembak itu yang merupakan kawan rapat pengantin lelaki menurut The Times of India, telah melarikan diri.

"Pengantin itu terbunuh semasa meraikan majlisnya, tetapi polis juga sedang meneliti sudut lain,” kata polis.

Banyak kes tembakan semasa majlis berlangsung berlaku pada masa lalu, dengan banyak laporan terdahulu menyatakan terdapat mangsa yang cedera atau terbunuh semasa meraikannya.

Walaupun ia menjadi kebiasaan, tindakan itu tetap salah dan masih berlaku di majlis perkahwinan di beberapa kawasan India.

pengantin, tembak

Artikel Lain