suria

Hampir dua jam tergantung 30 meter di udara

ENAM puluh empat penumpang tergantung dengan muka ke bawah untuk selama hampir dua jam apabila roller coaster yang dinaiki tiba-tiba berhenti secara mengejut di Universal Studios Jepun.

Pengurusan taman hiburan itu berkata, dua pedati roller coaster Flying Dinosaur tiba-tiba berhenti ketika pertengahan permainan yang landasannya sepanjang 1,100 meter.

Ketika itu, penumpangnya dalam posisi kira-kira 30 meter dari paras tanah.

Taman di Osaka yang sesak dengan pengunjung pada cuti "Minggu Emas" di Jepun berkata, semua penumpang terbabit selamat dan berjaya diturunkan selepas hampir dua jam.

Pengurusan taman itu juga memohon maaf atas masalah yang berpunca daripada peranti bermotor pada landasan dalam kejadian kira-kira 4.45 petang, Selasa itu.

Menurut media tempatan, Kyodo, kejadian itu telah dikesan alat keselamatan yang dipasang menyebabkan ia berhenti serta merta.

Permainan itu kembali beroperasi seperti biasa selepas dibaiki dan melalui proses pemeriksaan keselamatan rapi.

Walaupun kejadian itu berlaku, penunjung taman hiburan itu tetap bersesak dan berbaris panjang untuk menaikinya apabila ia dibuka semula pada 7 malam.-SCMP

Flying Dinasour, Japan

Artikel Berikut

Artikel Lain