RAKAMAN dramatik menunjukkan aliran lava memusnahkan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Puna, Hawaii. Video berkenaan menjadi bualan netizen selepas ia dimuat naik di media sosial. Sehingga kini muntahan lava gunung berapi Kilauea telah memusnahkan 26 rumah dan memaksa lebih 1,700 orang meninggalkan kediaman mereka sejak ia meletus pada 3 Mei lalu. Setakat ini tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan, demikian menurut Badan Pertahanan Awam Hawaii.