LANCASHIRE: Sebuah keluarga di Britain yang terkenal sebagai keluarga paling ramai anak dijangka menambah bilangan ahlinya apabila si ibu bakal melahirkan anak ke-21 tidak lama lagi. Pasangan Noel dan Sue Radford masing-masing berusia 46 dan 42 tahun yang menetap di Morecambe, Lancashire mendapat anak pertama bernama Chris 28 tahun lalu, ketika Sue hanya berumur 14 tahun. Mereka kemudian berkahwin dan berpindah ke rumah pertama mereka dan menimang cahaya mata kedua, Sophie, ketika usia Sue 17 tahun. Ia diikuti Chloe, Jack, Daniel, Luke, Millie, Katie, James, Ellie, Aimee, Josh, Max, Tillie, Oscar, Casper, Hallie, Phoebe, dan Archie yang dilahirkan pada September tahun lalu. Seorang lagi anak pasangan terbabit yang dinamakan Alfie, meninggal dunia pada 2014 ketika usia kandungan Sue mencecah 23 minggu. Keluarga besar itu kini menetap di kediaman ala Victoria yang dibeli 11 tahun lalu, walaupun mempunyai anak yang ramai pasangan tersebut dilaporkan tidak mempunyai beban kewangan dalam menyara keluarga dan sering bercuti ke luar negara setiap tahun. - DailyMail