suria

Tergantung 55 meter di udara

SEKUMPULAN pengunjung taman tema Alton Towers, England berdepan detik cemas apabila roller coaster Oblivion dinaiki mereka tiba-tiba tergantung pada ketinggian 55 meter di udara ekoran masalah teknikal.

Mangsa terpaksa menunggu selama 30 minit untuk diselamatkan.

Roller coaster itu dianggap sebagai paling menggerunkan di dunia dan dibuka kepada orang ramai pada 1998.

Insiden dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.

Kakitangan di taman tema Staffordshire dipercayai datang membantu menurunkan kesemua mangsa.

Jurucakap Alton Towers memberitahu Mirror Online:"Pengunjung tergantung di salah satu laluan roller coaster terbabit dan berjaya diturunkan dalam tempoh 30 minit."

"Pasukan kami sedang menyelesaikan kelewatan akibat masalah teknikal secepat yang mungkin," katanya.

Insiden itu menyebabkan ramai pengunjung membuat aduan mengenai beberapa permainan yang terpaksa dihentikan di media sosial.

"Beratur untuk Wicker Man hampir dua jam dan sekarang mereka tutup permainan itu apabila saya sudah berada di depan? Kelakarlah," tulis Si Toft, salah seorang pengunjung di Twitternya.

roller coaster, Alton Towers

Artikel Lain