suria

Gempa bumi 5.6 skala ritcher gegar Irian Jaya

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Irian Jaya, Indonesia pada 8.57 pagi Jumaat.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa itu terletak di 2.10 selatan dan 138.8 timur, kira-kira 213km barat dari Jayapura, Indonesia dan 2,374km timur dari Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami.- Bernama

Irian Jaya, Gempa bumi

Artikel Sebelum

Artikel Lain