suria

Kepak ayam bersalut emas jadi perhatian!

-foto FB The Ainsworth

KEPAK ayam biasanya tidak dianggap sebagai hidangan mewah, tetapi sebuah restoran telah menaikkan 'martabat' makanan jalanan itu kepada kepada status mewah dengan memperkenalkan kepak ayam bersalut emas pertama di dunia.

Dicipta oleh sebuah restoran di bandar New York, 'The Ainsworth' dengan kerjasama bintang realiti TV Jonathan Cheban, FOODGOD 24k Gold Buffalo Wings melambangkan kemewahan.

Selepas direndam dalam mentega kelapa, 'chipotle', dan adunan madu selama 24 jam, ia digoreng dalam minyak panas dan kemudian disalut dengan sos emas metalik yang membuatkan ia kelihatan berkilat seperti disalut emas.

Akhirnya sekali hidangan ini ditabur dengan habuk emas yang boleh dimakan.

Menurut The Ainsworth, kepak ayam mewah ini boleh didapati dalam tiga harga: 10 ketul kepak berharga AS$30 (RM119.56), 20 kepak untuk AS$60 (RM239.13) atau 50 kepak dan sebotol Champagne Armand de Brignac dijual pada harga AS$1,000 (RM3985.50).

-foto FB The Ainsworth

Kepak ayam bersalut emas ini menjadi perhatian ramai sejak bulan lalu, selepas pereka bersama, Jonathan Cheban aka 'Foodgod' memuat naik gambar hidangan ini di Instagram.

"Kamera saya juga bergetar, ia sangat menyerlah," kata Cheban dalam klip pendek. Sukar untuk dipercaya."

"Saya tak sangka orang ramai mahu membayar untuk makan sesuatu yang kelihatan macam logam."

Kepak ayam emas FOODGOD 24k dilancarkan di Ainsworth's Chelsea dan East Village bulan lepas dan dijangka menjadi menu tetap di lokasi lain rantaian restoran itu pada masa akan datang.

menu mewah, kepak ayam, FOODGOD 24k

Artikel Berikut

Artikel Lain