suria

Lelaki disangka mati muncul pada hari pengebumian

KELIBAT lelaki berusia 20 tahun yang tiba-tiba muncul pada hari pengebumiannya ternyata mengejutkan ahli keluarganya.

Ketika kejadian, ahli keluarga Juan Ramon Alfonso Penayo sedang meratapi pemergiannya di rumah mereka.

Ahli keluarga Penayo menjangkakan dia terbunuh dalam insiden tembakan berkumpulan di perkampungan Santa Teresa, Amambay dekat Paraguay.

Mereka turut sudah mengenal pasti mayat Juan, lapor perfil.com.

Juan Ramon Alfonso Penayo.

Namun Penayo masih lagi hidup dan tidak memberitahu ahli keluarganya ke mana dia pergi dalam dia menghilang selama seminggu.

Pakar jenayah terancang Candido Figueredo memberitahu media tempatan bahawa Penayo keluar rumah sejak Khamis dan tidak kembali sebelum tiba-tiba muncul.

Namun tidak dapat disahkan identiti mayat yang telah dikebumikan keluarga Penayo.

Artikel Berikut

Artikel Lain